Sunday 17 June 2012

ABORTION ???

Gejala dan tanda keguguran termasuk:

  • Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
  • Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
  • Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
    Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:

  • Usia terutama 35 tahun keatas
  • Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
  • Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
  • Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
  • Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
  • Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
  • Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
  • Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
  • Pernah hamil dengan anak cacat
  • Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
  • Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
  • Usia suami lebih dari 40 tahun
Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:
  • Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
  • Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
  • Gigitan ular
  • Meminum cafin secara berlebihan
  • Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling
Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran:
  • Terdedah kepada Komputer monitor
  • Hubungan seks
  • Senaman
 

Keguguran

Kehamilan Hampir Gugur


Kehamilan adalah masa yang sangat indah untuk anda dan suami. Merancang untuk bayi dan melihat tumbesarannya adalah cukup memberikan kegembiraan dan pengalaman yang amat bermakna bagi anda. Tetapi, ia juga masa yang membimbangkan bagi wanita yang risau kemungkinan mereka akan mengalami keguguran. Sekiranya anda mengalami pendarahan pada peringkat awal hamil, anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Kehamilan yang hampir gugur atau ‘threatened miscarriage’. Ia satu keadaan yang meletakan kandungan anda berisiko untuk gugur.

Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?

Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.

Gejala dan simptom

Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:
  • Merah pekat
  • Merah cair
  • Coklat
  • Kadang-kadang sangat sedikit
  • Kadang-kadang berketul darah
  • Sakit belakang
  • Sakit pada ari-ari

Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur

Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:
  • Jangkitan kuman pada faraj
  • Polip pada pangkal rahim
  • Hamil di luar rahim
  • Cancer pangkal rahim

Bagaimana diagnosa dibuat?

Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.
Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Rawatan

Tiada rawatan atau ubatan yang mujarat untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:
  1. Tunggu dan lihat: Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti seks pada masa ini.
  2. Kurangkan aktiviti yang lasak: Anda akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.
  3. Ubat Progesterone: Anda mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.
  4. Tenangkan fikiran: Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.

Risiko Keguguran

Cuma 30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada dalam keadaan yang baik.


Keguguran

Keguguran Berulang (Reccurent Misscarriage)


Tiada yang lebih menyedihkan dari mengalami keguguran semasa hamil. Keguguran boleh menyebabkan fizikal dan mental kita terganggu dengan teruk. Kadang-kadang sangat susah untuk menerima kenyataan yang kita mengalami keguguran, apatah lagi sekiranya ia terjadi berulang kali.Keguguran berulang ialah apabila wanita mengalami 3 atau lebih keguguran berturut-turut. Kebanyakan berlaku pada peringkat awal hamil. Ia sesuatu yang sangat sukar diterima oleh pasangan kerana selalunya keguguran ini tidak dapat dipastikan dengan jelas sebab kenapa ia berlaku. Walaupun keguguran adalah sesuatu yang sangat menyedihkan, ia sebenarnya terjadi lebih kerap dari apa yang kita jangka.
Pada kenyataannya, lebih daripada 25% kehamilan berakhir dengan keguguran terutamanya pada trimester pertama. Besar kemungkinan yang angka tersebut lebih tinggi. Ini kerana kebanyakan kandungan gugur berlaku sebelum wanita sempat menyedari mereka sebenarnya hamil. Kadar keguguran sebenar mungkin melebihi 50% dari keseluruhan mereka yang hamil.
Keguguran berulang adalah sangat jarang berlaku. Dianggarkan yang 5% pasangan akan mengalami 2 kali keguguran berturut-turut manakala 2% pula mengalami 3 kali keguguran berturut turut.

Siapakah yang berisiko untuk keguguran berulang ini?

Sesiapapun boleh mengalami keguguran berulang ini tetapi terdapat faktor faktor tertentu yang meninggikan risiko anda termasuklah:

Pernah gugur sebelumnya

Mereka yang mengalami 2 kali keguguran sebelumnya mempunyai 25% risiko untuk mendapat keguguran ketiga. Walau bagaimanpun bagi mereka yang cuma gugur sekali, risiko anda sama dengan mereka yang tidak pernah gugur.

Usia

Usia memainkan peranan penting terhadap peluang anda untuk hamil. Mereka yang berusia lebih dari 30 tahun lebih berisiko untuk mengalami keguguran, risikonya akan menjadi lebih tinggi sekiranya usia semakin bertambah.

Gaya hidup

Gaya hidup seperti merokok, meminum alkohol dan mengambil dadah meninggikan risiko anda untuk gugur berulang kali.

Masalah Hamil

Pendarahan Faraj Semasa Hamil

Banyak sebab kenapa wanita mengalami pedarahan faraj semasa hamil. Ada wanita yang mengalami pendarahan ringan terutamanya pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.

1. Pendarahan Implantasi

Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.
Apa itu pendarahan implantasi?
Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi. Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.
Bilakan implantasi selalu terjadi?
Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.

2. Keguguran

Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah dari hamil janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.

3. Hamil di luar rahim(Ectopic Pregnancy)

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah mengandung diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ia berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan

4. Kandungan Anggur

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahaan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal yang membesar dengan cepat. Tiada janin didalam kehamilan ini.

5. Ketumbuhan pada pangkal rahim

Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.

6. Placental Abruption

Uri mungkin akan merekah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin. Ia boleh akan menyebabkan pendarahan. Cuma 1% wanita hamil yang mengalami placenta abruption ini. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan beserta dengan dengan kesakitan pada perut.

7. Placenta Previa atau uri di kedudukan bawah

Apabila uri berada pada kedudukan bawah, Ia mungkin akan menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim atau sepenuhnya dan ini dinamakan placenta preavia. PP adalah sangat serius dan memerlukan rawatan segera sekinya berlaku pendarahan

8. Tanda bersalin

Pada lewat kehamilan, pendarahan dari faraj adalah salah satu tanda sudah sampai saat bersalin. Ia terjadi apabila mucus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontaksi rahim menyebabkan darah dan lendir keluar dari serviks. Ia dipanggil show. Ia adalah sangat kerap terjadi semasa kelahiran bermula.



Masalah Hamil

Kematian Bayi (Stillbirth)


Kematian bayi atau stillbirth dimaksudkan, kematian bayi selepas 20 minggu kehamilan sehinggalah selepas kelahiran. Satu dalam 200 kehamilan akan berlaku kematian bayi. Empat belas peratus (14%) dari kematian ini belaku selepas kelahiran dan selebihnya semasa dalam rahim

Tanda-Tanda

Salah satu tanda yang menunjukkan yang ada sesuatu yang tidak kena pada bayi ialah pergerakkan bayi yang kurang dengan ketara atau tiada langsung. Sekiranya ia disertai dengan pemdarahan faraj, cepatlah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Diagnosa

Doktor selalunya akan membuat ujian ultrasounds untuk memastikan keadaan bayi anda. Sekiranya tiada degupan jantung bayi kelihatan pada ultrasound, anda akan didiagnosakan mengalami kematian bayi.
Selepas kematian bayi disahkan, selalunya wanita akan mengalami kelahiran secara semulajadi dalam masa dua minggu, tetapi tidak ramai wanita yang sanggup menunggu. Kelahiran secara ‘induce’ boleh dilakukan sebaik sahaja diagnosa dibuat.
Sekiranya tiada penjelasan yang jelas kenapa kematian itu berlaku, beberapa ujian termasuk bedah siasat (post mortem) mungkin akan dijalankan. Walaubagaimanapun, 1/3 daripada kematian stillbirth tidak diketahui puncanya.

Sebab-Sebab Kematian Stillbirth?

Antara punca utama kematian bayi dalam rahim ialah:
  • Kecacatan fizikal, kromosom atau jantung bayi
  • Pendarahan pada uri atau abruptio
  • Ibu yang mengalami kencing manis yang tidak terkawal
  • Eclampsia
  • Jangkitan Kuman
  • Tali pusat terbelit atau terkepit

Pencegahan

Adalah penting untuk anda mendapat penjagaan kehamilan sepanjang tempoh mengandung. Sekiranya anda berisiko tinggi seperti mengalami darah tinggi dan atau kencing manis, pemantauan akan menjadi lebih mendalam dan kerap dari biasa.
Doktor mungkin akan menyarankan pengunaan carta pergerakkan anak semasa kandungan 30 minggu keatas. Sekiranya bayi kurang mengalami pergerakkan kurang dari 10 sehari, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.
Peluang untuk hamil selepas mengalami kematian stillbirth tetap ada. Walaubagaimanpun, bagi peluang untuk badan dan emosi untuk sembuh sepenuhnya, sebelum mencuba lagi. Kebarangkalian untuk kejadian ini berulang bergantung kepada punca kematian stillbirth yang pertama. Bagi kematian yang disebabkan oleh janin yang tidak normal, agak jarang ia berulang lagi pada kehamilan seterusnya. Andainya anda hamil lagi, berjumpah dengan doktor untuk untuk pemeriksaan awal agar ketidaknormalan dapat dikesan dengan lebih awal.


 ILMU INI UNTUK SAYA SEBENARNYA..
DAN SAYA INGIN BERKONGSI UTK ANDA SEMUA FOLLOWERS SEMUA...
SEMOGA BERGUNA UNTUK ANDA JUA..